HUAWEI Global Flagship Store Yang Pertama Kini Mula Dibuka Secara Rasmi Di Shenzhen, China Comments Off on HUAWEI Global Flagship Store Yang Pertama Kini Mula Dibuka Secara Rasmi Di Shenzhen, China

Selepas melancarkan siri HUAWEI Mate 30 untuk pasaran global di Munich, Jerman, baru-baru ini HUAWEI telah mengumumkan pembukaan kedai fizikal ‘HUAWEI Global Flagship Store’ yang pertama di Shenzhen, China.

Dibangunkan sejak tahun 2017, kedai mercu HUAWEI ini memiliki keluasan keseluruhan mencapai 1300 meter persegi, dan ia akan membolehkan pengguna melihat pelbagai produk komprehensif terkini HUAWEI, merasai sendiri pengalaman menggunakan produk yang dipamerkan, dan juga menyediakan ruang santai yang turut dilengkapi dengan sambungan Internet 5G.

Menampilkan rekaan bangunan dengan konsep separuh terbuka yang unik menggunakan dinding kaca lut sinar, pelanggan bebas untuk mengakses kedai ini tanpa sebarang sekatan untuk bertemu rakan atau berehat. Malah di HUAWEI Global Flagship Store ini juga ada turut menyediakan kelas fotografi, videografi, sukan dan penjagaan kesihatan percuma yang diuruskan oleh HUAWEI Community.

sumber

Baca juga:

Kelajuan Muat Turun Cecah 1.3Gbps Berjaya Dicatatkan Di ‘HUAWEI 5G Experiential Zone’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend