
Pelancaran Huawei P20 dan P20 Pro sememangnya berjaya menarik perhatian ramai, terutamanya model P20 Pro yang menyokong tiga kamera LEICA mencecah sehingga 40 Megapiksel. Dengan rekaan serba baharu dan juga spesifikasi yang berkuasa, kedua-dua model ini walau bagaimanapun tidak lagi disediakan dengan port 3.5mm audio jack.
The innovation doesn't stop with the #HuaweiP20… We've also launched a whole new range of accessories including HUAWEI FreeBuds, HUAWEI Active Noise Cancellation Earphone, HUAWEI Moonlight Selfie Stick, and the HUAWEI Band 2 Pro. pic.twitter.com/ESHFQ7ukPa
— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) March 27, 2018
Jadi bersempena dengan pelancaran P20 dan P20 Pro, Huawei turut mengumumkan kehadiran salah satu aksesori audio terbarunya iaitu Huawei FreeBuds yang memiliki rekaan mirip seperti AirPods yang diperkenallkan oleh Apple pada Disember 2016 yang lalu. Bahkan FreeBuds ini juga turut didatangkan sekali dengan kotak simpanan yang boleh digunakan untuk tujuan mengecas.

Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada FreeBuds ini berbanding AirPods adalah kehadiran earbud yang diperbuat dari silikon bagi memastikan keselesaan ketika memakainya. Malah Huawei FreeBuds ini turut menjanjikan ketahanan bateri dua kali ganda lebih lama berbanding AirPods iaitu mencecah sehingga 10 jam.

Lebih menariknya, FreeBuds ini turut ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu putih dan hitam. Ia akan dijual di Eropah pada harga €159 iaitu kira-kira RM750.