HUAWEI FreeBuds 3i Kini Rasmi Dengan Ciri Pembatalan Hingar Aktif, Harga Lebih Mampu Milik Comments Off on HUAWEI FreeBuds 3i Kini Rasmi Dengan Ciri Pembatalan Hingar Aktif, Harga Lebih Mampu Milik

HUAWEI kini telah tampil dengan satu lagi fon telinga yang lebih mampu milik iaitu HUAWEI FreeBuds 3i, selepas dilancarkan secara rasmi di China baru-baru ini. Menariknya ia dijual pada harga yang jauh lebih murah iaitu £89.99 (~RM483), berbanding FreeBuds 3 yang dijual pada harga £149.99 (~RM804) untuk pasaran di UK.

HUAWEI FreeBuds 3i hadir dengan rekaan yang lebih ringkas dan juga pemacu audio yang lebih kecil iaitu sebesar 10mm (berbanding 14mm pada FreeBuds 3). Malah muzik turut boleh dikawal menggunakan pad sentuhan pada permukaan FreeBuds 3i.

Dilengkapi sambungan Bluetooth 5.0 yang lebih efisien bateri, FreeBuds 3i boleh digunakan sehingga 3.5 jam dengan satu cas, dan mampu mencecah sehingga 14.5 jam dengan sokongan bateri terbina-dalam pada bekas simpanannya.

Menariknya HUAWEI FreeBuds 3i yang tersedia dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan putih ini turut menyokong teknologi Pembatalan Hingar Aktif (ANC) yang kebiasaannya terdapat pada model yang jauh lebih mahal.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend