Huawei Enjoy 9 Merupakan Varian Lebih Mampu Milik Untuk Model Huawei Y9 (2018) Comments Off on Huawei Enjoy 9 Merupakan Varian Lebih Mampu Milik Untuk Model Huawei Y9 (2018)

Untuk pengetahuan anda, Huawei sebelum ini telahpun melancarkan model Huawei Enjoy 9 Plus pada bulan Oktober yang lalu di China. Tidak lama selepas itu, Huawei Malaysia telah membawa masuk model ini ke pasaran tempatan pada 11 November yang lalu dan ia kini dikenali sebagai model Huawei Y9 (2018).

Selepas lebih kurang dua bulan model Huawei Enjoy 9 Plus dilancarkan, kini muncul pula varian lebih mampu milik iaitu Huawei Enjoy 9. Melalui perkongsian di Internet, ia tampil dengan nombor model Enjoy 9 (DUB-AL00) dan dipercayai akan dilancarkan di China dalam masa terdekat ini.

Berbeza dengan Huawei Y9 (2018) atau juga dikenali sebagai Huawei Enjoy 9 Plus, ia akan hadir dengan paparan skrin lebih kecil berukuran 6.26 inci HD+ (1520 x 720 piksel). Malah ia juga akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, kamera hadapan 8MP, dwi kamera utama 13MP + 2MP dengan AI, bateri berkapasiti 4000 mAh, dan dioperasikan oleh EMUI 8.2 (Android 8.1 Oreo).

Huawei Enjoy 9 ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 3GB + 32GB atau 4GB + 64GB, dan ia tidak dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari. Namun begitu ia dipercayai akan menyokong ciri keselamatan biometrik menggunakan Face Unlock. Terdapat empat warna boleh dipilih iaitu Aurora Blue, Aurora Purple, Magic Night Black dan juga Coral Red.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend