HUAWEI Enjoy 10e Dengan Helio P35, 4GB RAM, Dwi Kamera Dan Bateri 5000mAh Kini Dilancarkan Di China Comments Off on HUAWEI Enjoy 10e Dengan Helio P35, 4GB RAM, Dwi Kamera Dan Bateri 5000mAh Kini Dilancarkan Di China

Baru-baru ini HUAWEI telahpun melancarkan model mampu milik terbaharunya iaitu HUAWEI Enjoy 10e untuk pasaran di China. Kemunculan HUAWEI Enjoy 10e ini merupakan penawaran model yang keempat selepas Enjoy 10, Enjoy 10S dan juga Enjoy 10 Plus.

HUAWEI Enjoy 10e telah dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P35, 4GB RAM, storan sehingga 128GB, bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W, dan dioperasikan dengan EMUI 10 berasaskan Android 10. Lebih menariknya ia turut menyokong teknologi pemampatan EROFS yang menjanjikan pengaktifan aplikasi lebih pantas.

HUAWEI Enjoy 10e turut menyokong skrin IPS LCD 6.3 inci HD+ (720 x 1600 piksel), dengan rekaan takuk kecil bagi menempatkan kamera depan beresolusi 8MP (f/2.0). Manakala kamera utamanya pula hadir dengan tiga lensa beresolusi 13MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4).

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Magic Night Black, Pearl White dan Emerald Green, HUAWEI Enjoy 10e akan dijual pada harga CNY999 (~RM600) untuk varian 4GB + 64GB. Manakala varian 4GB + 128GB pula dijual pada harga CNY1,199 (~RM721).

Spesifikasi HUAWEI Enjoy 10e:

  • EMUI 10 (Android 10)
  • MediaTek Helio P35
  • 4GB RAM + 64GB/128GB
  • Hibrid SIM (nano + nano/microSD)
  • 6.3 inci IPS LCD HD+ (720 x 1600 piksel)
  • 13MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4, Depth sensor)
  • 8MP (f/2.0)
  • 159.07 x 74.08 x 9.04 mm / 185g
  • Dual 4G VoLTE, WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth 5.0, GPS, USB OTG, microUSB, 3.5mm audio jack
  • 5000mAh (10W)

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend