Huawei Dilaporkan Sedang Menguji Kesesuaian Platform Fuchsia OS Pada Pemproses Kirin Keluarannya Comments Off on Huawei Dilaporkan Sedang Menguji Kesesuaian Platform Fuchsia OS Pada Pemproses Kirin Keluarannya

Fuchsia OS merupakan sistem operasi terbaru yang sedang dibangunkan oleh Google sejak Ogos 2016 yang lalu, dan ia dikatakan boleh menyokong pelbagai peranti termasuklah telefon pintar, tablet, mahupun PC. Lebih menariknya, platform ini juga telah disahkan mampu menyokong aplikasi Android, sama seperti platform Chrome OS.

Fail dokumentasi Fuchsia OS yang disahkan boleh menyokong aplikasi Android.

Laporan terkini yang telah diterima, Huawei yang sangat optimistik dengan kemajuan sistem operasi terbaru daripada Google ini dalam diam-diam dipercayai telah turut serta untuk menguji keserasian platform ini dengan cip pemproses Kirin yang dibangunkan.

Antaramuka awal Fuchsia OS yang sedang dibangunkan.

Memandangkan komitmen yang ditunjukkan oleh Huawei terhadap Fuchsia OS, tidak mustahil jika jenama popular ini akan terpilih menjadi pengeluar pertama untuk menggunakan sistem operasi itu pada peranti keluaran mereka pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend