Huawei Dilaporkan Sedang Menghasilkan Tiga Model Tablet Dengan Sokongan Cipset Kirin 980 Comments Off on Huawei Dilaporkan Sedang Menghasilkan Tiga Model Tablet Dengan Sokongan Cipset Kirin 980 296

Baru-baru ini ketua editor di XDA Developers iaitu Mishaal Rahman telah berkongsi beberapa ketirisan maklumat berhubung tiga model baharu yang dilaporkan sedang dihasilkan oleh Huawei.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, ketiga-tiga model tablet itu akan tampil dengan menggunakan nombor model RSN dan VRD yang tampil dengan sokongan paparan skrin berukuran 8.4 inci, dan juga SCM dengan skrin lebih besar berukuran 10.7 inci. Menariknya ketiga-tiga model ini menyokong skrin beresolusi 2560 x 1600 piksel.

Tablet yang tampil dengan nombor model RSN dan VRD juga dilaporkan hadir dengan sokongan bateri berkapasiti 4,200 mAh, manakala model SCM pula memiliki kapasiti bateri lebih besar mencecah 7500 mAh. Ketiga-tiga tablet ini juga dilaporkan akan dikuasakan dengan cipset Kirin 980, sama seperti yang digunakan pada siri Mate 20 dan siri P30.

Manakala untuk aspek penggambaran pula, model VRD dan SCM akan tersedia dengan kamera depan 8MP (HI846/S5K4H7) dan kamera utama 13MP (S5K3L6/OV13855). Manakala kamera depan dan kamera utama untuk tablet model RSN masih lagi belum diketahui buat masa ini.

Walaupun masih tidak didedahkan model tablet ini, berkemungkinan besar ia merujuk kepada model yang akan menggantikan siri Huawei MediaPad M5 dan juga MediaPad M5 Pro iaitu model MediaPad M6 dan MediaPad M6 Pro.

Beli tablet Huawei di Huawei Online Store:

Baca juga:

Menangi Satu Daripada 999 Unit Huawei M3 Lite Bernilai RM989 Melalui Peraduan ‘Ramadan Kareem’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend