Huawei Dilaporkan Menawarkan 5 Juta Unit Siri Huawei P30 Untuk Fasa Pertama Jualannya Comments Off on Huawei Dilaporkan Menawarkan 5 Juta Unit Siri Huawei P30 Untuk Fasa Pertama Jualannya

Dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac yang lalu di Paris, pra-tempah untuk siri Huawei P30 telahpun dibuka untuk pasaran terpilih termasuk di China. Walaupun ia akan hanya dilancarkan pada 11 April nanti, permintaan siri Huawei P30 di negara itu dilihat sangat positif apabila ia dilaporkan telah mencatatkan jumlah pra-tempah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding pra-tempah untuk siri Huawei P20.

 

Berikutan permintaan yang sangat tinggi, ada sumber yang telah mendedahkan bahawa Huawei telah menawarkan sehingga 5 juta unit siri Huawei P30 untuk fasa pertama jualannya nanti. Malah Huawei juga dilaporkan telah bersedia dengan 16 juta unit tempahan untuk siri Huawei P30, bagi memenuhi ramalan jualan sebanyak 21 juta unit untuk kitaran jualan peranti itu nanti.

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro

Bahkan Huawei juga sebelum ini telah mensasarkan untuk mencapai jualan 250 juta unit peranti keluarannya untuk tahun 2019, iaitu peningkatan sebanyak 21% berbanding 206 juta unit pada tahun 2018. Perkara ini sudah tentunya tidak mustahil kerana siri Huawei P20 berjaya dijual sebanyak 10 juta unit dalam tempoh lima bulan, manakala siri Huawei Mate 20 pula mencatatkan 5 juta unit dalam tempoh dua bulan sahaja.

Miliki siri Huawei P30 secara eksklusif di Huawei Online Stores:

Baca juga:

Huawei P30 Pro Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM3,799 – Diikuti P30 Berharga RM2,699

Pra-Tempah Huawei P30 dan P30 Pro Untuk Menikmati Jaminan Waranti Sehingga 18 Bulan

Huawei P30 Pro Catat Skor Tertinggi Di DxOMark Dengan 112 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend