HUAWEI Dilaporkan Kini Sedang Berbincang Dengan Syarikat Telco Di AS Untuk Melesenkan Platform 5G Comments Off on HUAWEI Dilaporkan Kini Sedang Berbincang Dengan Syarikat Telco Di AS Untuk Melesenkan Platform 5G 114

Berdasarkan kenyataan yang telah dikongsikan oleh eksekutif HUAWEI dengan portal Reuters, HUAWEI kini dilaporkan sedang dalam peringkat awal untuk berbincang tentang pelesenan teknologi rangkaian 5G dengan syarikat telco di AS (Amerika Syarikat).

Menurut Vincent Pang selaku Naib Presiden Senior dan Lembaga Pengarah di HUAWEI, terdapat beberapa firma di negara barat yang telah menunjukkan minat untuk menjalinkan perjanjian untuk jangka masa panjang atau pemindahan satu kali. Sungguhpun begitu buat masa ini HUAWEI masih lagi merahsiakan firma yang terlibat.

Setakat ini tidak ada pembekal 5G di AS, manakala pesaing seperti Eropah Ericsson (ERICb.ST) dan Nokia (NOKIA.HE) pula menawarkan platform 5G yang jauh lebih mahal berbanding HUAWEI.

Baca juga:

HUAWEI Dikatakan Sedang Mempertimbangkan Untuk Menjual Perniagaan 5G Yang Dibangunkannya

UAE Telecom Yakin Dengan Teknologi Rangkaian 5G HUAWEI Kerana Tiada Ancaman Keselamatan Ditemui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend