Huawei Dilaporkan Bakal Menawarkan TV Pintar 8K Dengan Sambungan 5G Pada Hujung Tahun Ini Comments Off on Huawei Dilaporkan Bakal Menawarkan TV Pintar 8K Dengan Sambungan 5G Pada Hujung Tahun Ini

Selepas berjaya merampas semula kedudukan sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia untuk suku pertama tahun 2019, Huawei nampaknya ingin menembusi pula pasaran televisyen. Namun begitu, berita berhubung perancangan Huawei dalam menghasilkan industri pembuatan televisyen bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah diperkatakan sejak hujung tahun lepas lagi.

Laporan terbaru yang telah dikongsikan oleh Nikkei Asian telah mengesahkan bahawa Huawei dikatakan sedang menghasilkan televisyen beresolusi 8K dengan sokongan AI pertamanya. Apa yang lebih menariknya, ia juga akan menjadi TV pintar 8K pertama di dunia yang hadir dengan sokongan 5G.

November 2018 yang lalu, Huawei telah bekerjasama China Mobile dalam mendemonstrasikan penstriman VR menggunakan rangkaian 5G.

Mungkin penawaran TV 8K masih lagi dilihat agak kecil, tetapi memandangkan TV 4K yang kini sudah menjadi satu trend standard para pengeluar, maka kemunculan TV 8K pertama yang akan diperkenalkan oleh Huawei boleh dikatakan berada pada landasan yang betul. TV 8K 5G daripada Huawei ini dipercayai akan dilancarkan pada penghujung tahun 2019 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend