HUAWEI Dilaporkan Akan Perkenal Cipset Kirin 1000 Menggunakan Proses 5nm Untuk Siri Mate 40 Comments Off on HUAWEI Dilaporkan Akan Perkenal Cipset Kirin 1000 Menggunakan Proses 5nm Untuk Siri Mate 40

Pelancaran siri HUAWEI Mate 30 pada 19 September 2019 yang lalu telah menjadi telefon pintar pertama daripada HUAWEI yang dikuasakan dengan cipset Kirin 990 yang berasaskan daripada proses 7nm+ EUV. Malah Kirin 990 itu juga turut diperkenalkan dengan sokongan cip modem 5G terbina-dalam yang akan digunakan pada siri Mate 30 varian 5G dan juga Mate X.

Berdasarkan maklumat terbaru yang didedahkan di Internet, HUAWEI kini dilaporkan telah merancang untuk memperkenalkan cipset generasi baharunya iaitu Kirin 1000. Menurut laporan yang diterima, cipset ini akan menggunakan proses 5nm yang dibangunkan oleh TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company).

Kirin 990 5G

Menurut Richard Yu, berbeza dengan Kirin 990 yang sebelum ini menggunakan CPU Cortex-A76, cipset Kirin 1000 akan tampil dengan sokongan CPU paling berkuasa daripada ARM iaitu Cortex-A77. Cipset 5nm keluaran HUAWEI itu nanti akan diperkenalkan pada siri Mate 40 yang dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2020 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend