Huawei Dilaporkan Akan Memperkenalkan Peranti Mercu Empat Kamera Dengan 10x Zum Optikal Menjelang 2019 Comments Off on Huawei Dilaporkan Akan Memperkenalkan Peranti Mercu Empat Kamera Dengan 10x Zum Optikal Menjelang 2019

Huawei selaku jenama telefon pintar kedua terbesar global baru-baru ini telah mendedahkan bahawa mereka akan memfokuskan peranti mercu menjelang tahun 2019 nanti. Selain menyasarkan telefon pintar boleh lipat dengan sokongan 5G pertama pada suku pertama tahun depan, Huawei juga dikhabarkan akan hadir dengan peranti mercu dengan sokongan empat kamera.

Melalui temu ramah Android Pit dengan Walter Ji selaku Presiden Perniagaan Pengguna Huawei, mereka akan memperkenalkan telefon pintar empat kamera dengan keupayaan 10x zum optikal. Walau bagaimanapun, buat masa ini tidak didedahkan sama ada ia akan diperkenalkan pada Huawei P30 Pro ataupun tidak.

Huawei P20 Pro sebelum ini menjadi peranti pertama menyokong tiga kamera dengan keupayaan 3x zum optikal.

Bahkan melalui sesi temu ramah itu juga, Huawei turut mendedahkan bahawa mereka tidak akan hadir dengan peranti dengan sokongan platform Android One pada tahun depan. Malah dalam usaha untuk menjadi jenama nombor satu, Huawei akan memfokuskan tiga segmen utama iaitu peranti mudah alih, peranti boleh pakai dan juga PC.

Baca juga:

Huawei P30 Pro Dilaporkan Menyokong 12GB RAM Dan Akan Diperkenalkan Pada Mac 2019 Nanti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend