Huawei Dikhabarkan Akan Memperkenalkan Tablet MediaPad M6 Pro Dengan Cipset Kirin 970 Comments Off on Huawei Dikhabarkan Akan Memperkenalkan Tablet MediaPad M6 Pro Dengan Cipset Kirin 970 731

Pada Februari 2018 yang lalu, Huawei telahpun mengumumkan kemunculan dua tabletnya iaitu MediaPad M5 dan juga MediaPad M5 Pro dalam acara MWC 2018. Kini selepas setahun tablet itu diperkenalkan kepada umum, XDA Developers telah mendedahkan bahawa model pengganti untuk tablet itu sedang dibangunkan oleh Huawei.

Berita ini telah berjaya diperolehi melalui bukti yang ditemui di dalam kod sumber kernel Kirin 970 yang menyaksikan kehadiran peranti Huawei yang tampil menggunakan nama kod ‘CMR2’. Penggunaan nama kod ‘CMR’ sebelum ini telah digunakan untuk model Huawei MediaPad M5 Pro, jadi sudah tentunya nama kod ‘CMR2’ ini merujuk kepada model MediaPad M6 Pro nanti.

↑ Salah satu fungsi menarik yang disokong oleh tablet keluaran Huawei adalah keupayaannya untuk diaktifkan dalam mod desktop dengan sangat mudah.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, MediaPad M6 Pro ini akan hadir dengan sokongan paparan skrin sebesar 10.7 inci yang beresolusi 2560 x 1600 piksel. Panel TFT LCD yang disokong oleh tablet ini berkemungkinan akan dihasilkan oleh InnoLux ataupun BOE. Ia juga akan dikuasakan oleh Kirin 970 dengan penggunaan sensor kamera belakang 13MP daripada Sony IMX258 ataupun OmniVision OV13855.

Buat masa ini tiada maklumat lain yang berjaya diperolehi, tetapi menurut sumber Huawei MediaPad M6 Pro ini mungkin akan dilancarkan pada September nanti bersempena acara IFA 2019.

sumber

Baca juga:

Huawei MediaPad M5 Dan MediaPad M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,499 Dan RM1,899

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend