HUAWEI Dikatakan Sedang Mempertimbangkan Untuk Menjual Perniagaan 5G Yang Dibangunkannya Comments Off on HUAWEI Dikatakan Sedang Mempertimbangkan Untuk Menjual Perniagaan 5G Yang Dibangunkannya 248

Berdasarkan laporan terkini melalui temu ramah dengan TheEconomist, Ren Zhengfei selaku CEO HUAWEI telah mendedahkan untuk mempertimbangkan perancangannya untuk menjual perniagaan 5G miliknya kepada syarikat di luar Asia.

Menurutnya lagi, pembayaran yang perlu dibuat sekali sahaja itu akan turut memberi akses penuh kepada pembeli baharu ke atas portfolio paten 5G, lesen, kod, cetakan biru teknikal, dan juga kepakaran pengeluaran. Malah kedua-dua pihak juga bebas untuk bertukar kod sumber untuk kegunaan pada produk masing-masing.

Buat masa ini kos pembelian perniagaan 5G daripada HUAWEI itu masih lagi diketahui, malah sasaran jualan juga tidak dapat dipastikan sama ada akan disasarkan kepada syarikat sedia ada ataupun entiti yang baru diwujudkan. Apa yang pasti, jualan perniagaan 5G itu dilaporkan akan dibuka untuk syarikat yang berpangkalan di Barat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend