HUAWEI Dijangka Terima Pelepasan Sekatan Perdagangan Dengan Syarikat AS Untuk Tempoh 90 Hari Lagi Comments Off on HUAWEI Dijangka Terima Pelepasan Sekatan Perdagangan Dengan Syarikat AS Untuk Tempoh 90 Hari Lagi 177

Pada Mei 2019 yang lepas, kerajaan AS dilaporkan telah menyenaraikan HUAWEI di dalam ‘Senarai Entiti’ yang akan menyekat jenama itu daripada melakukan urusan perdagangan dengan syarikat yang berpangkalan di AS. Namun begitu tindakan sekatan itu tidak terus dibuat secara mengejut kerana ia telah mendapat pelepasan sementara untuk tempoh 90 hari.

Memandangkan tempoh pelepasan sementara itu sudah hampir tamat, portal South China Morning Post baru-baru ini telah mendedahkan bahawa HUAWEI berkemungkinan besar akan menerima pelepasan sekatan itu untuk tempoh 90 hari lagi. Menurut sumber yang tidak didedahkan, Jabatan Perdagangan AS dijangka akan terus dilanjutkan untuk tempoh 3 bulan lagi.

Namun buat masa ini pihak HUAWEI dan juga kementerian luar negeri di China, masih lagi belum mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend