Huawei Didakwa Sedang Membangunkan HiSilicon Kirin 710 Berasaskan Cortex-A73 Dengan Keupayaan AI Comments Off on Huawei Didakwa Sedang Membangunkan HiSilicon Kirin 710 Berasaskan Cortex-A73 Dengan Keupayaan AI 1446

Berdasarkan perkongsian yang telah didedahkan oleh Digitimes, Huawei dilaporkan bakal memperkenalkan cipset terbarunya untuk peranti kelas pertengahan dengan pembuatan HiSilicon Kirin 710. Pembuatan cipset terbaru dari siri Kirin 700 ini dikatakan bakal menggantikan siri Kirin 650 yang berasaskan Cortex-A53 dan juga proses 16 nm.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Kirin 710 akan dibangunkan berasaskan Cortex-A73. Malah buat pertama kalinya, Huawei akan mengimplementasikan Unit Pemproses Saraf (NPU) yang sebelum ini hanya disokong pada pemproses flagship Kirin 970 sahaja. Ini secara tidak langsung menjanjikan keupayaan pembelajaran mesin untuk peranti kelas pertengahan keluaran Huawei pada masa akan datang.

Huawei Nova 3 merupakan model pertama keluaran Huawei yang dipercayai menyokong cipset Kirin 710.

Kirin 710 yang dihasilkan menggunakan proses 12 nm ini menyokong saiz yang sama seperti MediaTek Helio P60, tetapi lebih besar berbanding Snapdragon 710 yang menyokong 10 nm. Huawei Nova 3 (nama kod ‘Paris) merupakan peranti pertama yang akan menyokong pemproses Kirin 710 ini dan ia dipercayai akan mula dilancarkan pada Julai 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend