Huawei Dedah Sebanyak 150 Juta Pengguna Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Berasaskan Android Pie Comments Off on Huawei Dedah Sebanyak 150 Juta Pengguna Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Berasaskan Android Pie

Menurut kenyataan yang didedahkan oleh Huawei, mereka telah merangka untuk menawarkan kemas kini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie secara besar-besaran untuk peranti yang dioperasikan dengan antaramuka tersebut. Setakat tahun 2018 yang lalu, Huawei dilaporkan telah mengumumkan ketersediaan kemas kini EMUI 9.0 untuk 23 model Huawei dengan dianggarkan seramai 6 juta pemilik peranti telah menerimanya.

Berikutan daripada itu, Huawei telah mensasarkan untuk meneruskan ketersediaan kemas kini tersebut untuk 150 juta pemilik peranti EMUI di seluruh dunia sepanjang tahun 2019 ini. Sebagaimana yang Huawei maklumkan, kemas kini EMUI 9.0 telah menawarkan beberapa ciri menarik seperti GPU Turbo 2.0, kawalan sistem navigasi skrin penuh dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend