HUAWEI Catat Pertumbuhan Tahunan Jualan Global Tertinggi Tahun 2019, Kekal Pengeluar Kedua Terbesar Comments Off on HUAWEI Catat Pertumbuhan Tahunan Jualan Global Tertinggi Tahun 2019, Kekal Pengeluar Kedua Terbesar

Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu berhubung sekatan perdagangan yang dikenakan ke atas HUAWEI oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun lepas, HUAWEI dilihat masih mampu mencatatkan rekod jualan global yang baik untuk sepanjang tahun 2019.

Menurut laporan yang dikongsikan oleh Canalys, HUAWEI dilaporkan telah berjaya mencatatkan jualan telefon pintar sebanyak 240.6 juta unit untuk pasaran global.

HUAWEI berjaya berada di kedudukan kedua pengeluar telefon pintar terbesar global, iaitu di belakang Samsung yang mencatatkan sebanyak 298.1 juta, dan diikuti oleh Apple di tempat ketiga dengan 198.1 juta

Jika dibandingkan dengan tahun 2018, ia hanya mencatatkan jualan global sebanyak 206 juta unit telefon pintar. Ini secara tidak langsung menyaksikan pertumbuhan tahunan mencecah 17%, iaitu pertumbuhan tertinggi berbanding jenama lain seperti Samsung, Apple, Xiaomi dan OPPO.

Namun jika dilihat pada rekod jualan telefon pintar global untuk suku ke-4 tahun 2019 berbanding suku yang sama pada tahun 2018, HUAWEI telah mencatatkan penguncupan rekod jualan tahunan sebanyak -7%. Sebaliknya jenama lain pula telah mencatatkan pertumbuhan tahunan yang positif iaitu Apple (+9%), Samsung (+1%), Xiaomi (+23%), dan OPPO (+2%).

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend