Huawei Catat Peningkatan Jualan Telefon Pintar Mencecah 87% Dalam Tempoh Dua Tahun Di Australia Comments Off on Huawei Catat Peningkatan Jualan Telefon Pintar Mencecah 87% Dalam Tempoh Dua Tahun Di Australia

Dalam tempoh dua tahun iaitu September 2016 hingga September 2018, penerimaan jenama telefon pintar keluaran Huawei telah diterima dengan sangat baik di kalangan pengguna di Australia.

Menurut laporan yang dikongsikan oleh Roy Morgan, jumlah pengguna telefon pintar Huawei di Australia mencatatkan peningkatan yang agak drastik dalam tempoh dua tahun iaitu mencecah 87%. Berbanding September 2016, Huawei telah berjaya menjual sebanyak 251,000 unit telefon pintar, dan angka itu telah bertambah kepada 471,000 unit pada September 2018.

Berdasarkan statistik, jenama Apple masih lagi mendapat tempat di kalangan penduduk Australia dengan mencatatkan peningkatan 16%, manakala di tempat kedua pula diduduki oleh jenama Samsung yang mengalami sedikit penurunan.

Jenama OPPO yang baru menembusi pasaran Australia pada penghujung tahun 2014 juga berjaya mencatatkan angka jualan yang sangat baik iaitu 368,000 unit. Sekaligus menempatkannya di tangga ke-7, selepas Huawei dan Nokia.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend