HUAWEI Buka Kedai Jualan Fizikal 24 Jam Yang Dioperasikan Sepenuhnya Oleh Robot Di China Comments Off on HUAWEI Buka Kedai Jualan Fizikal 24 Jam Yang Dioperasikan Sepenuhnya Oleh Robot Di China

Baru-baru ini HUAWEI telahpun membuka kedai jualan fizikal pintar pertamanya yang dioperasikan sepenuhnya oleh robot dengan sokongan tangan robotik fleksibel. Kedai pertama yang seumpamanya ini telah dibuka di Wuhan, China, dan ia beroperasi untuk tempoh 24 jam.

This slideshow requires JavaScript.

Kedai fizikal pintar ini membolehkan pengguna membuat pembelian pelbagai produk keluaran HUAWEI, termasuklah telefon pintar, tablet, komputer, peranti boleh pakai dan produk lain. Pengguna yang berkunjung ke kedai fizikal pintar ini juga diberikan pilihan untuk membuat pembelian secara dalam talian ataupun membelinya terus di situ.

Pengenalan kedai fizikal pintar menggunakan jurujual robot ini merupakan salah satu perancangan pembangunan jangka masa panjang HUAWEI untuk memastikan kemudahan kepada penggunanya. Malah lebih banyak kedai fizikal pintar ini akan dibuka di seluruh China pada masa akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend