HUAWEI Bina Stesen Pangkalan 5G Untuk Memerangi Wabak Virus Yang Sedang Melanda China Comments Off on HUAWEI Bina Stesen Pangkalan 5G Untuk Memerangi Wabak Virus Yang Sedang Melanda China

Sejak beberapa minggu ini, kita digemparkan dengan isu wabak penyakit berjangkit 2019-nCoV atau dikenali sebagai Novel Korona Virus.

Kes yang semakin meningkat secara mendadak telah membuatkan kerajaan China baru-baru ini menyekat pintu keluar dan masuk wilayah Wuhan.

Pelbagai agensi turut terlibat dalam kempen memerangi wabak ini termasuklah syarikat telekomunikasi gergasi, HUAWEI.

Difahamkan, HUAWEI kini sedang memasang stesen pengkalan 5G di hospital pasang-siap, Wuhan Vulcan Mountain Hospital yang dijangka siap sepenuhnya minggu ini.

Gambar hospital pasang-siap Wuhan Vulcan Mountain Hospital yang diambil 4 hari lalu.

Dua syarikat telco yang turut membantu melicinkan pemasangan stesen ini adalah dari Hubei Mobile dan Hubei Unicom. Setelah siap, kemudahan ini bakal memanfaatkan para doktor dan kakitangan perubatan untuk berkomunikasi dengan lebih lancar melalui rangkaian 5G berkelajuan ultra-pantas.

Ini termasuklah memudahkan pakar perubatan melakukan persidangan video, jururawat mengumpul data pesakit, pemantauan dari jarak jauh, dan sebagainya.

Ketika artikel ini ditulis, wabak penyakit berjangkit 2019-nCoV telah mengorbankan seramai 106 orang dengan 4500 kes dilaporkan di seluruh China.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend