Huawei Bersama Era, Gegar, Dan Hitz Sediakan Petunjuk Untuk Anda Memenangi Huawei Nova 4 0 495

[Kemaskini artikel: rujuk jadual untuk perubahan masa]

Bersempena dengan ketibaan Huawei Nova 4 di Malaysia, Huawei bakal mengadakan kempen pencarian harta karun melalui kerjasama dengan stesen radio Era, Gegar, dan Hitz

Sebanyak 51 unit Huawei Nova 4 akan diberikan secara percuma kepada para pemenang pencarian harta karun ini. Huawei telah memilih 9 lokasi di seluruh negara untuk membolehkan orang ramai menyertainya pada hari yang berikut:

No

Lokasi*

Tarikh dan masa (pendaftaran)

Stesen radio yang mengambil bahagian

1

Sunway Pyramid, Subang

14 Februari 2019, (11PG)

Era & Hitz

2

IOI City Mall, Putrajaya

16 Februari 2019, (11PG)

Era

3

Queensbay Mall, Penang

17 Februari 2019, (11PG)

Era

4

AEON Kinta City, Perak

17 Februari 2019, (2PTG)

Era

5

Plaza Angsana, Johor Bahru

23 Februari 2019, (10PG)

Era

6

Mahkota Parade, Melaka

23 Februari 2019, (5PTG)

Era

7

AEON Kota Bahru, Kelantan

23 Februari 2019, (11PG)

Gegar

8

Imago Mall, Kuching

2 Mac 2019, (11PG)

Era

9

Mid Valley, Kuala Lumpur

2 Mac 2019, (11PG)

Era & Hitz

Orang ramai yang ingin menyertai pencarian harta karun ini, mereka boleh mendaftarkan diri dengan mengunjungi Huawei Experience Store yang berdekatan (seminggu sebelum) atau daftar secara dalam talian di laman rasmi stesen radio seperti berikut:

Bagaimana pencarian harta karun ini dijalankan? Anda perlu mencari kad dengan huruf ‘N’, ‘O’, ‘V’, dan ‘A’ di sekitar pusat membeli-belah dengan menggunakan petunjuk yang diberi menerusi stesen radio yang tertentu.

Jika anda menjadi peserta paling cepat mendapatkan huruf-huruf yang diperlukan, anda bakal dinobatkan sebagai pemenang seterusnya membawa pulang Huawei Nova 4 secara percuma.

Pra-Tempah Huawei Nova 4 Kini Dibuka – Hadiah Bernilai RM400 Menanti Anda

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend