Huawei Berjaya Menyelesaikan Tuntutan Mahkamah Berhubung Hak Paten Dengan Samsung Comments Off on Huawei Berjaya Menyelesaikan Tuntutan Mahkamah Berhubung Hak Paten Dengan Samsung 159

Selepas lebih lapan tahun Huawei Technologies Co. Ltd. dan Samsung (China) Invesment Co. Ltd. telah memfailkan tindakan mahkamah berhubung pelanggaran hak paten, akhirnya kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Menurut laporan yang dikongsikan oleh CCTV, melalui pengantaraan litigasi (proses pembicaraan undang-undang di mahkamah) di Mahkamah Tinggi Wilayah Guangdong, Huawei dan Samsung telah mencapai kata sepakat dalam Perjanjian Pelesenan Paten. Malah kedua-dua pihak turut menarik balik aduan terhadap isu pelanggaran hak paten yang dibuat.

Dalam tempoh lapan tahun, sebanyak 40 tindakan undang-undang di China dan negara yang terlibat telah difailkan oleh Huawei dan Samsung. Malah pada 11 Januari 2018, Mahkamah Pertengahan Rakyat di Shenzhen telah memutuskan bahawa peranti 4G keluaran Samsung yang dihasilkan dan dijual di China telah melanggar dua paten milik Huawei, dan Samsung juga dilaporkan telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Guangdong.

Di bawah pengantaraan berulang di Mahkamah Tinggi Guangdong, Huawei dan Samsung akhirnya mencapai penyelesaian, tetapi syarat-syarat tertentu untuk penyelesaian belum didedahkan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend