Huawei Berjaya Menjual 59 Juta Unit Telefon Pintar Pada Suku Pertama 2019, Catat Pendapatan RM111b Comments Off on Huawei Berjaya Menjual 59 Juta Unit Telefon Pintar Pada Suku Pertama 2019, Catat Pendapatan RM111b

Huawei hari ini telah mengumumkan pencapaian perniagaannya untuk suku pertama tahun 2019, dan dalam tempoh tiga bulan pertama ini Huawei dilaporkan telah berjaya menjana pendapatan sebanyak CNY179.7 bilion (kira-kira RM110.8 bilion). Perolehan pendapatan ini turut menyaksikan peningkatan pendapatan sebanyak 39% berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Menurut perlpngsian Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, suku pertama tahun 2019 ini juga turut menyaksikan sebanyak 59 juta unit telefon pintar keluarannya telah berjaya dijual untuk pasaran global. Pencapaian ini sekaligus mampu merealisasikan sasaran Huawei untuk menjual sebanyak 250 juta unit telefon pintarnya untuk tahun 2019.

Siri Huawei P30 yang diumumkan secara rasmi pada 26 Mac 2019 dijangka akan membantu lonjakan jualan telefon pintar Huawei untuk suku kedua tahun ini nanti.

Bahkan Huawei juga turut mencatatkan perkembangan positif terhadap pertumbuhan rangkaian 5G apabila Huawei telah menandatangani 40 kontrak komersial dengan syarikat pembekal telekomunikasi terkemuka global, dan telah mengedar lebih daripada 70,000 stesen pangkalan 5G ke seluruh dunia.

sumber

Baca juga:

Huawei Sasar Tahun 2020 Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia

Nikmati Diskaun Sehingga 80% Sempena Ulang Tahun Ke-5 ‘Huawei Online Official Store’ – 22 Hingga 12 Mei 2019

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend