Huawei Bekerjasama Dengan Primeworks Studios Dan UiTM Untuk Perkenalkan Program ‘Huawei Nova Academy’ Comments Off on Huawei Bekerjasama Dengan Primeworks Studios Dan UiTM Untuk Perkenalkan Program ‘Huawei Nova Academy’

Baru-baru ini di dalam majlis pelancaran Huawei Nova 4 dan juga pengumuman ketersediaan jualan tablet Huawei MediaPad T5 untuk pasaran tempatan, Huawei Malaysia turut mengumumkan program ‘Huawei Nova Academy’.

Dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Ahmad Izham selaku Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, program mentoring ini telah mendapat kerjasama di antara Huawei Malaysia, Primeworks Studios, dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurut beliau, ramai di antara penduduk Malaysia memiliki keupayaan dan juga bakat terpendam terutamanya dalam industri hiburan, tetapi potensi mereka tidak diasah ke tahap yang sepatutnya.

Jadi dengan adanya program Huawei Nova Academy, ia merupakan satu inisiatif terbaik sebagai satu platform untuk membantu bakat tempatan dalam mendapatkan ilmu serta latihan yang lebih mendalam melalui program mentoring yang diberikan.

Baca juga:

Huawei Nova 4 Akan Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,899 Bermula 14 Februari 2019

Huawei MediaPad T5 Berharga RM999 Kini Disahkan Boleh Dimiliki Lebih Awal – 28 Januari 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend