Huawei Band 3 Pro dan Band 3e Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India, Harga Bermula Sekitar RM100 Comments Off on Huawei Band 3 Pro dan Band 3e Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India, Harga Bermula Sekitar RM100

Di dalam majlis pelancaran siri Huawei Mate 20 pada Oktober tahun lepas, Huawei turut mengumumkan kemunculan gelang tangan pintarnya iaitu Huawei Band 3 Pro kepada umum. Bahkan dalam bulan yang sama, rekaan imej Huawei Band 3e juga dilihat telah mula tertiris di Internet.

Honor Band 3 Pro

Hari ini kedua-dua gelang tangan kesihatan itu telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di India dengan harga Rs1699 (kira-kira RM99.80) untuk Huawei Band 3e, dan Rs4,699 (kira-kira RM276) untuk Huawei Band 3 Pro. Sungguhpun begitu, tarikh jualan rasmi kedua-dua peranti ini masih lagi belum didedahkan buat masa ini.

Honor Band 3 Pro turut dilengkapi sensor HRM (Heart Rate Monitor).

Huawei Band 3 Pro menyokong ciri kalis air sehingga 50 meter (5ATM), menyokong sensor 6-axis acceleration, detached PPG cardiotachometer, dan sensor inframerah. Sokongan bateri 100 mAh pada Band 3 Pro dikatakan mampu menjanjikan ketahanan sehingga 7 hari walaupun GPS diaktifkan secara berterusan.

Pilihan warna untuk Huawei Band 3e.

Manakala Huawei Band 3e pula didatangkan dengan pemegang khas yang boleh diletakkan pada kasut untuk mengenal pasti 7 parameter ketika berlari. Walaupun kapasiti baterinya tidak didedahkan, ia dikatakan mampu digunakan selama 14 hari atau mencecah sehingga 21 hari apabila berada dalam mod standby.

Huawei Band 3e sememangnya sesuai untuk aktiviti berlari kerana ia didatangkan dengan aksesori khas yang boleh dipasang pada kasut.

Spesifikasi Huawei Band 3 Pro:

  • Microprocessor: Applo 3
  • 16MB Flash, 384KB RAM + 1MB ROM
  • 0.95 inci AMOLED (120 x 240 piksel)
  • 100 mAh
  • Bluetooth v4.2
  • 5ATM
  • 45 x 19 x 11mm / 25g
  • Notifikasi: ID pemanggil, notifikasi mesej
  • Pilihan warna: Obsidian Black, Space Blue, Quicksand Gold

Spesifikasi Huawei Band 3e:

  • Microprocessor: Applo 3
  • 384KB RAM + 1MB ROM
  • 0.5 inci PMOLED (48 x 88 piksel)
  • Bluetooth v4.2
  • 5ATM
  • 40.5 x 14.8 x 11.2mm / 17g
  • Notifikasi: ID pemanggil, notifikasi mesej
  • Pilihan warna: Black, Grey, Pink, Cyan, Orange

Baca juga:

Gelang Tangan Pintar Huawei Band 3 Pro Dilancarkan Dengan Skrin Sentuh OLED Dan GPS Terbina-Dalam

Huawei Band 3e Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari Dan Ciri Kalis Air 5ATM Kini Tertiris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend