HUAWEI Bakal Mengurangkan Penggunaan Komponen Samsung Comments Off on HUAWEI Bakal Mengurangkan Penggunaan Komponen Samsung

Laporan terkini mendakwa HUAWEI bakal mengurangkan penggunaan komponen dari Samsung dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang. Hal ini adalah disebabkan HUAWEI mahu komponen produk mereka diperbuat dari pengeluar tempatan.

Ia merupakan salah satu jalan bagi mengurangkan kebergantungan mereka terhadap Samsung memandangkan syarikat Korea Selatan ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan negara Uncle Sam.

Namun begitu pengurangan ini tidak dilakukan secara mendadak malah menurut media Korea Selatan, ia mungkin akan mengambil masa sehingga lima tahun. Selepas itu, HUAWEI bakal menggunakan komponen untuk telefon pintarnya 100 peratus dari China.

Sumber dari Samsung turut memaklumkan HUAWEI adalah pelanggan kelima terbesar buat mereka selepas Apple, Best Buy, Deutsche Telekom, dan Verizon.

HUAWEI telah membeli komponen seperti memori dan storan dari Samsung sejak bertahun lamanya. Memandangkan Ziguang, Yangtze River Storage, dan Changxin Storage adalah pengeluar tempatan yang semakin rancak berniaga, mereka mungkin dipilih sebagai pembekal menggantikan Samsung tidak lama lagi.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend