Huawei Bakal Lancar Kirin 985 Berasaskan 7nm+ EUV Menjelang Pertengahan Kedua Tahun Ini Comments Off on Huawei Bakal Lancar Kirin 985 Berasaskan 7nm+ EUV Menjelang Pertengahan Kedua Tahun Ini

Berikutan Qualcomm dan Samsung masing-masing telah tampil dengan cipset Snapdragon 855 dan Exynos 9820 yang dilihat lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Kirin 980, maka Huawei dilaporkan sedang menghasilkan cipset terbaharunya iaitu Kirin 985 yang menjanjikan prestasi yang dipertingkatkan.

Dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada pertengahan kedua tahun 2019 ini, Kirin 985 didakwa mampu menjanjikan prestasi yang lebih berkuasa berasaskan teknologi 7nm+ EUV (Extreme Ultraviolet). Namun begitu, buat masa ini masih belum ada maklumat lanjut berhubung peningkatan prestasi yang akan disokong oleh cipset baharu ini.

Apa yang pasti, sokongan Kirin 985 ini sudah tentunya tidak akan ditawarkan pada siri Huawei P30 berikutan tarikh pelancaran peranti terbaharu daripada Huawei itu bakal berlangsung pada 26 Mac ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend