Huawei AppGallery Menampilkan Judul Permainan Terbaharu Untuk Bulan November – Vainglory 5V5 Comments Off on Huawei AppGallery Menampilkan Judul Permainan Terbaharu Untuk Bulan November – Vainglory 5V5

Huawei sebelum ini telahpun memperkenalkan aplikasi eksklusif untuk peranti Huawei dan Honor dengan penawaran aplikasi Huawei AppGallery yang dilancarkan secara rasmi pada April yang lalu. Bahkan aplikasi ini turut membuat penampilan sulungnya di acara ‘KL Level Up 2018’ bagi mengukuhkan kewujudannya untuk pasaran tempatan.

Melalui Huawei AppGallery, pemilik peranti Huawei dan Honor boleh menebus pelbagai ganjaran menarik secara percuma.

Dengan memiliki lebih 200 bilion muat turun di seluruh dunia, aplikasi Huawei AppGallery bukan sahaja menjadi platform untuk memuat turun aplikasi tetapi ia juga turut menawarkan baucar, kupon diskaun dan juga keistimewaan VIP eksklusif untuk pengguna Huawei dan Honor.

Sebanyak lima judul permainan diperkenalkan pada Huawei AppGallery pada Oktober yang lalu.

Jika pada bulan Oktober yang lalu sebanyak lima judul permainan telah diperkenalkan di dalam aplikasi Huawei AppGallery iaitu Battle for the Galaxy, Stone Arena, Warship Fury, Riot of Tribes dan juga Food Truck Chef. Kini untuk bulan November, satu lagi judul permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) yang sangat popular iaitu Vainglory 5V5 pula dilancarkan secara rasmi.

Vainglory 5V5 yang dimuat turun dari Huawei AppGallery membolehkan pemilik peranti Huawei dan Honor menebus 5 hero dan satu ‘skin’ secara percuma.

Bagi menjanjikan pengalaman gaming terbaik, Huawei AppGallery turut berkolaborasi dengan pembangun permainan dalam usaha memperkenalkan lebih banyak permainan menarik pada masa akan datang. Bahkan pelbagai aktiviti dan ganjaran hebat akan turut diberikan sepanjang November ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend