Huawei Akan Turut Mengumumkan Peranti ‘Gaming’ Kirin 980 Dengan Kemunculan Mate 20X Pada 16 Oktober Nanti Comments Off on Huawei Akan Turut Mengumumkan Peranti ‘Gaming’ Kirin 980 Dengan Kemunculan Mate 20X Pada 16 Oktober Nanti 529

Sebagaimana yang kita ketahui, tanggal 16 Oktober 2018 nanti bakal menyaksikan kemunculan model terbaharu Mate 20 dan Mate 20 Pro. Tetapi rupanya dalam diam, Huawei sebenarnya telah merancang untuk memperkenalkan satu lagi model yang memfokuskan aspek ‘gaming’ dengan kemunculan Huawei Mate 20X.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Huawei melalui perkongsian Twitter yang bukan sahaja mendedahkan nama model rasminya, tetapi turut memfokuskan dua aspek utama iaitu ‘Cooler’ dan juga ‘Longer Gaming’. Memandangkan ia disasarkan untuk aspek permainan yang terbaik, ‘Cooler’ mungkin membawa maksud ia akan hadir dengan sokongan sistem penyejukan cecair, manakala ‘Longer Gaming’ pula mungkin merujuk kepada kapasiti bateri yang sangat besar.

Buat masa ini tidak dapat disahkan sama ada Huawei Mate 20X akan menampilkan rekaan yang mirip seperti Huawei Mate 20 ataupun tidak.

Melalui ketirisan maklumat di Internet, Huawei Mate 20X dengan sokongan Kirin 980 ini dipercayai akan dilengkapi dengan paparan skrin yang sangat besar berukuran 7.21 inci OLED FHD+ (2240 x 1080 piksel). Tidak cukup dengan itu, ada khabar angin yang mendedahkan bahawa ia juga akan menyokong RAM berkapasiti 8GB dengan bantuan GPU Turbo.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend