Huawei Akan Mengeluarkan Cipset Kirin 985 Secara Besar-besaran Menjelang Suku Ketiga Tahun Ini Comments Off on Huawei Akan Mengeluarkan Cipset Kirin 985 Secara Besar-besaran Menjelang Suku Ketiga Tahun Ini

Pada bulan Mac 2019 yang lalu, Huawei telahpun dilaporkan sedang menghasilkan cipset 7nm iaitu Kirin 985 berasaskan teknologi EUV (Extreme Ultraviolet) yang menjanjikan prestasi yang lebih berkuasa.

Berdasarkan kepada laporan yang dikongsikan oleh media di Taiwan, ada sumber rantaian pembekal di negara itu telah mendedahkan bahawa Huawei akan menghasilkan pengeluaran cipset tersebut secara besar-besaran menjelang suku ketiga tahun 2019 nanti. Malah sumber itu turut mendakwa cipset itu akan mula diedarkan dalam kuantiti yang besar pada penghujung suku kedua tahun ini.

Sungguhpun begitu, tidak dapat dipastikan lagi sama ada cipset Kirin 985 ini menyokong cip 5G ataupun tidak, tetapi berkemungkinan besar siri Huawei Mate 30 akan menjadi model pertama daripada Huawei menggunakan cipset ini.

Baca juga:

Huawei Bakal Lancar Kirin 985 Berasaskan 7nm+ EUV Menjelang Pertengahan Kedua Tahun Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend