Huawei Akan Memperkenalkan Huawei P20 Pro Dalam Warna Twilight Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on Huawei Akan Memperkenalkan Huawei P20 Pro Dalam Warna Twilight Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Sebelum ini ramai di antara pengguna terutamanya peminat Huawei P20 Pro berkongsi khabar angin yang berpendapat model Huawei P20 Pro dalam warna istimewa ‘Twilight’ akan mula dijual bermula semalam (24 April 2018). Nyata khabar angin itu tidak benar kerana tiada penjual tempatan yang menawarkan warna tersebut setakat ini.

Nampaknya hari ini Huawei Malaysia telah mengesahkan akan membawa masuk warna ‘Twilight’ yang menampilkan kombinasi tona warna menarik melalui laman rasmi Facebook mereka. Melalui gambar acah yang dikongsikan itu, berkemungkinan besar Huawei Malaysia akan hanya memperkenalkan warna ‘Twilight’ untuk model Huawei P20 Pro sahaja.

Walau bagaimanapun, setakat ini Huawei Malaysia tidak mendedahkan tarikh jualan ataupun harga untuk Huawei P20 Pro dalam warna ‘Twilight’ ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend