Huawei Akan Hadir Dengan Cipset Kirin 1020 Yang Dua Kali Lebih Berkuasa Berbanding Kirin 970 Comments Off on Huawei Akan Hadir Dengan Cipset Kirin 1020 Yang Dua Kali Lebih Berkuasa Berbanding Kirin 970

Huawei dilihat bukan sahaja aktif dalam menghasilkan model telefon pintar flagship terbaru, tetapi ia juga sebenarnya turut memberi fokus dalam pembuatan cipset terbaru keluarannya. Ini terbukti dengan laporan penghasilan dua cipset terbarunya iaitu Kirin 710 yang disasarkan untuk peranti kelas pertengahan, dan juga Kirin 980 untuk peranti flagship yang akan diperkenalkan pada siri Huawei Mate 20 nanti.

Huawei Mate 20 yang dipercayai menyokong pemproses Kirin 980 dilihat menjanjikan prestasi yang sangat berkuasa.

Lebih mengejutkan, baru-baru ini Huawei telah dilaporkan sedang giat membangunkan satu lagi cipset untuk peranti flagship keluarannya dengan kehadiran cipset Kirin 1020. Malah menurut sumber, Kirin 1020 bakal memberi saingan terhadap cipset yang dihasilkan oleh Qualcomm kerana ia didakwa bakal menjanjikan prestasi dua kali lebih berkuasa berbanding Kirin 970.

Huawei sebelum ini pernah mengumumkan cip 5G yang pertama di dunia dengan kemunculan Huawei Balon 5G01 dalam acara MWC 2018 pada bulan Februari yang lepas.

Walaupun tiada banyak maklumat yang didedahkan berhubung Kirin 1020, sumber yang boleh dipercayai telah berkongsi bahawa cipset ini akan hanya dikomersialkan sebaik sahaja rangkaian 5G mula dilancarkan nanti. Perkara ini secara tidak langsung telah mendedahkan bahawa Kirin 1020 merupakan cipset pertama dari Huawei yang dioptimakan untuk menyokong rangkaian berkelajuan tinggi itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend