Huawei 5G CPE Pro Kini Rasmi, Penghala WiFi Terpantas Dengan Kelajuan Rangkaian 3.29 Gbps Comments Off on Huawei 5G CPE Pro Kini Rasmi, Penghala WiFi Terpantas Dengan Kelajuan Rangkaian 3.29 Gbps 865

Seperti yang telah dijanjikan, hari ini Huawei telahpun melancarkan penghala (router) WiFi dengan rangkaian 5G yang pertamanya iaitu Huawei 5G CPE Pro. Berbeza dengan generasi pertama Huawei 5G CPE yang diperkenalkan dalam acara MWC tahun lepas, saiz fizikal penghala WiFi generasi kedua daripada Huawei ini tampil lebih kompak.

  

Dikuasakan oleh Balong 5000, ia merupakan modem 5G single-chip yang pertama di dunia menyokong fungsi multi-mode yang mampu disambungkan ke pelbagai rangkaian berbeza iaitu 5G, 4G, 3G dan juga 2G. Ini berbeza dengan modem 5G Snapdragon X50 yang hanya mampu menyokong rangkaian 5G sahaja.


Sokongan jalur rangkaian penuh dan juga antena Multi-Polarized Balun pada Huawei 5G CPE Pro ini juga berupaya meningkatkan liputan isyarat WiFi sehingga 30%. Malah ia juga merupakan penghala WiFi 5G terpantas di pasaran kerana berupaya menyokong kelajuan rangkaian sehingga 3.29 Gbps.

Sumber

Baca juga:

Huawei Akan Melancarkan Penghala WiFi 5G Pada 24 Januari, Mungkin Sokong WiFi 802.11ax?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend