HTC Wildfire R70 Dilancarkan – Skrin 6.53″, Trikamera, Bateri 4000mAh Comments Off on HTC Wildfire R70 Dilancarkan – Skrin 6.53″, Trikamera, Bateri 4000mAh

Pengeluar telefon pintar Taiwan, HTC hari ini telah memperkenalkan telefon pintar baharu untuk pasaran India dan Thailand. HTC Wildfire R70 merupakan telefon kelas permulaan dengan skrin 6.53-inci 720+p yang membawakan takuk tititsan air untuk kamera swafoto 8MP.

Wildfire R70 menawarkan tiga kamera belakang membariskan kamera utama 16MP f/1.75, kamera makro 2MP, dan kamera kedalaman 2MP untuk penggambaran bokeh. Terdapat pengimbas cap jari di panel belakang.

Peranti ini dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio P23 yang digandingkan bersama memori 2GB RAM dan 32GB storan tetapi boleh diperluaskan melalui kad microSD sehingga 256GB.

Melengkapkan peranti, bateri 4000mAh yang boleh dicas menggunakan kabel microUSB turut dimuatkan selain bicu audio 3.5mm, sokongan LTE, Bluetooth v4.2. Peranti ini menjalankan Android 9 Pie terus dari kotak.

HTC Wildfire R70 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Aurora Blue dan Night Black. Namun begitu, tanda harganya masih belum diumumkan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend