HTC U12+ Mencatatkan Skor Prestasi Kamera Lebih Baik Berbanding Google Pixel 2 – DxOMark Comments Off on HTC U12+ Mencatatkan Skor Prestasi Kamera Lebih Baik Berbanding Google Pixel 2 – DxOMark

Apabila HTC U11 dilancarkan secara rasmi pada Mei tahun lepas, ia pernah berada di tangga pertama DxOMark sebagai telefon pintar berkamera terbaik dengan mencatatkan skor sebanyak 90. Namun begitu, ia hanya mampu bertahan untuk tempoh masa yang agak singkat sebelum dipintas oleh pesaingnya seperti Google Pixel 2 dan juga iPhone X.

Nampaknya kali ini sekali lagi HTC berjaya berada di kelompok teratas apabila HTC U12+ yang baru sahaja dilancarkan telah berjaya menduduki tangga kedua dengan skor keseluruhan 103. Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh DxOMark, HTC U12+ berjaya memperolehi skor 106 untuk keupayaan penggambaran statik dan skor 95 untuk prestasi rakaman video.

HTC U12+
Google Pixel 2

Walau bagaimanapun, HTC U12+ dilihat masih belum mampu merampas takhta penggambaran telefon pintar DxOMark kerana ia masih lagi diungguli oleh Huawei P20 Pro dengan skor sebanyak 109.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend