HTC Terpaksa Memberhentikan 1,500 Pekerjanya Di Taiwan Bagi Mengurangkan Kos Operasinya Comments Off on HTC Terpaksa Memberhentikan 1,500 Pekerjanya Di Taiwan Bagi Mengurangkan Kos Operasinya

Di awal kemunculan platform Android, HTC merupakan pengeluar terawal yang terlibat dengan penghasilan telefon pintar Android komersial di pasaran pada September 2008 yang lalu. Sejak dari itu, HTC boleh dianggap sebagai salah satu pengeluar peranti Android yang sering menjadi pilihan pengguna.

HTC Dream

Namun sejak kebelakangan ini, populariti HTC dilihat kian pudar dan lebih memburukkan keadaan apabila pendapatan tahunan setakat April 2017 hingga April 2018 telah memperlihatkan penurunan sehingga 55.5%. Malah HTC juga dilihat telah membuat perjanjian bernilai USD1.1 bilion dengan Alphabet milik Google, yang mana hampir 2,000 pekerjanya dari bahagian R&D telah berpindah ke Google.

Berita terbaru yang diterima, HTC akan memberhentikan seramai 1,500 daripada pekerjanya di Taiwan iaitu bersamaan dengan suku daripada jumlah keseluruhan tenaga kerjanya di seluruh dunia. Menurut kenyataan HTC, pemberhentian pekerja ini dibuat sebagai sebahagian daripada penyusunan semula sumber di dalam organisasi tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend