HTC Memperkenalkan Vive Ke Pasaran Malaysia Pada Harga Bermula RM2,999 Comments Off on HTC Memperkenalkan Vive Ke Pasaran Malaysia Pada Harga Bermula RM2,999

Pasaran Malaysia hari ini menerima kehadiran dua peranti realiti maya HTC Vive Consumer Edition dan HTC Vive Pro Starter Kit masing-masing pada harga RM2,999 dan RM6,099 seunit. Peranti VR ini sememangnya memberi ruang kepada para pengguna merasai pengalaman sebenar berada di alam maya yang lebih realistik dan juga imersif.

Diedarkan oleh ECS Star Sdn. Bhd., Vive Pro Starter Kit dilengkapi dua buah alat kawalan dan dua buah alat penjejak pergerakan SteamVR Base Station bersama-sama fungsi mengukur ruang bilik. Peranti ini menawarkan kandungan paparan maya beresolusi 2K (2880 x 1600p) yang membolehkan pengguna membaca teks sewaktu berada di alam maya yang tidak mampu dilakukan pada peranti VR lain. Pengalaman bunyi yang lebih menyeluruh turut dibantu menerusi sepasang fon kepala berprestasi tinggi.

Sementara untuk model asas, Vive Consumer Edition dilengkapi dua buah alat kawalan, dua buah alat penjejak yang sama seperti digunakan pada model Pro. Apa yang membezakannya ialah peranti ini tidak dilengkapi fon kepala dan resolusi paparan hanya mencapai FHD+ (2160 x 1200p).

Pada majlis pelancaran semalam, HTC turut memaklumkan bahawa dua produk ini telah digunakan oleh pihak NASA dalam melatih bakal-bakal astronomi mereka. Pada masa sama ia juga telah diguna pakai oleh pereka kereta daripada kumpulan Volkswagen.

Dalam menyambut kehadiran dua peranti ini di Malaysia, sebanyak 200 pelanggan pertama Vive Consumer Edition akan menerima 3-bulan langganan VivePort yang menawarkan pelbagai kandungan VR untuk diteroka. Pembelian juga boleh dibuat di dalam talian Lazada, 11street, dan Shopee bermula 5 November 2018.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend