HP Spectre x360 Dengan Bezel Nipis Dan Intel Core Generasi Ke-10 Dijual Pada Harga Bermula RM5,499 Comments Off on HP Spectre x360 Dengan Bezel Nipis Dan Intel Core Generasi Ke-10 Dijual Pada Harga Bermula RM5,499

HP Inc. Malaysia baru-baru ini telah melancarkan komputer riba yang disasarkan untuk ahli perniagaan dan juga Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan penawaran HP Spectre x360. Tampil dengan rekaan kompak, ia sememangnya sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi.

This slideshow requires JavaScript.

HP Spectre x360 merupakan sebuah komputer convertible yang paling kecil di dunia dengan sokongan nisbah skrin-ke-kerangka sehingga 90%. Hadir dengan paparan skrin sebesar 13.3 inci, terdapat dua jenis paparan ditawarkan iaitu 4K AMOLED dan juga FHD IPS LCD. Malah ketahanan skrinnya juga terjamin dengan sokongan panel Corning Gorilla Glass NBT.

This slideshow requires JavaScript.

Berbeza generasi sebelumnya, HP Spectre x360 kini tampil dengan saiz kerangka 13% lebih kecil dengan kerangka berukuran 306.77 x 194.52 x 16.9mm, dan juga berat sekitar 1.3kg. Menariknya ia menjanjikan cara penggunaan yang lebih praktikal, bergantung kepada cara bagaimana anda ingin menggunakannya.

HP Spectre x360 tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Natural Silver, Nightfall Black dan juga Poseidon Blue. Ia sudahpun mula dijual secara rasmi di pasaran pada harga bermula daripada RM5,499.

Spesifikasi HP Spectre x360:

  • Windows 10 Home
  • Intel Core i7-1065G7 / Intel Core i5-1035G4
  • Intel Iris Plus Graphics
  • 13.3″ 4K UWVA AMOLED / FHD IPS LCD
  • Corning Gorilla Glass NBT, 400 nits, DCI-P3
  • 16GB LPDDR4-3200 SDRAM
  • sehingga 1TB Intel SSD + 32GB Intel Optane Memory / sehingga 2TB PCIe NVMe M.2 SSD
  • WiFi 6 (802.11ax), Bluetooth 5 Combo (sokong penghantaran fail Gigabit, MU-MIMO), Intel XMM 7560 Gigabit LTE-A (LTE sahaja)
  • 2x USB Type-C 3.1 Gen 2 dengan Thunderbolt 3, 1x USB Type-A Gen 1, 1x port headphone/microphone combo
  • 1x microSD card reader, 1x microSD, 1x nano SIM
  • HP TrueVision HD IR Camera
  • Bang & Olufsen (Speaker stereo)
  • 4-cell 60Wh Li-ion polymer
  • 65W USB Type-C Adapter (50% dalam 30 minit)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend