Hotlink Perkenal Pelan Pascabayar Pertama Dengan Hotlink Postpaid Flex 0 401

Keputusan untuk membuat pilihan pelan yang menawarkan pakej paling sesuai untuk setiap individu berbeza sememangnya agak sukar kerana adakalanya pengguna terpaksa membayar servis yang tidak digunakan ataupun diperlukan oleh mereka.

Jadi bagi memastikan pengguna boleh menentukan sendiri servis apa yang ingin mereka langgan, Hotlink buat pertama kalinya telah melancarkan pelan pascabayar pertamanya dengan Hotlink Postpaid Flex. Berbeza dengan kebanyakan pelan pascabayar sedia ada di pasaran, Hotlink Postpaid Flex menawarkan ciri-ciri fleksibiliti yang membolehkan pelanggan membayar komitmen bulanan mereka bergantung kepada servis yang telah dipilih.

Keupayaan untuk mencipta pelan Internet peribadi ini dimulakan dengan pelan yang wajib dilanggan iaitu sebanyak RM30/bulan. Pelan asas ini menawarkan panggilan serta SMS tanpa had ke semua rangkaian dan juga 1GB Internet pantas. Lebih menariknya, pelanggan bebas menentukan kuota Internet pantas tambahan mereka iaitu antara RM5 untuk 1GB (sehari) sehingga RM25 untuk 5GB (sebulan) dengan pembaharuan secara automatik.

Ingin mengetahui lebih lanjut, sila layari Hotlink Postpaid Flex.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend