Hotlink Akan Persembahkan Previu Eksklusif Single Terbaru ‘Temberang’ Daripada Ayda Jebat Secara Langsung Pada 20 Disember Comments Off on Hotlink Akan Persembahkan Previu Eksklusif Single Terbaru ‘Temberang’ Daripada Ayda Jebat Secara Langsung Pada 20 Disember

Jika anda peminat setia penyanyi tempatan popular Ayda Jebat, Hotlink telah mengumumkan untuk mempersembahkan previu eksklusif single terbaru penyanyi itu secara langsung pada 20 Disember 2018 (Khamis), jam 9 malam.

Keunikan untuk melepaskan single terbaru daripada Ayda Jebat yang berjudul ‘Temberang’ ini sememangnya unik kerana ia akan diperdengarkan secara langsung di laman sosial Facebook rasmi Hotlink. Single terbaharunya itu masih mengekalkan konsep lagu yang rancak, hasil kerjasama dengan Hael Husaini, Ezra Kong, dan Ayda Jebat sendiri.

Ayda Jebat sebelum ini pernah popular dengan lagu seperti Siapa Diriku, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Mata dan Bagaikan Pelangi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend