Honor WaterPlay Dengan Ciri Kalis Air Dan Debu Akan Diperkenalkan Dalam Versi 8.0″ Pada 31 Oktober Comments Off on Honor WaterPlay Dengan Ciri Kalis Air Dan Debu Akan Diperkenalkan Dalam Versi 8.0″ Pada 31 Oktober

Pada tahun lepas, Honor telahpun melancarkan tablet dengan paparan skrin 10.1 inci yang dikenali sebagai model Honor WaterPlay serentak dengan model Honor 7X. Sebagaimana nama yang digunakan oleh tablet ini, ia dilengkapi dengan ciri kalis air dan debu melalui pengiktirafan IP67.

Honor WaterPlay yang diperkenalkan pada 2017 hadir dengan skrin 10.1 inci dan ia hanya menyokong satu kamera sahaja.

Hari ini Honor dengan rasminya telah membuat pengumuman di Weibo yang mengesahkan kehadiran semula tablet Honor WaterPlay itu pada 31 Oktober ini, serentak dengan pelancaran Honor Magic 2. Berbeza dengan model tahun lepas, Honor WaterPlay generasi baharu ini akan menawarkan saiz skrin yang lebih kecil iaitu berukuran 8.0 inci.

Melalui imej acah yang dikongsikan, Honor WaterPlay versi 8.0 inci juga disahkan akan menerima penambahbaikan untuk aspek penggambaran dengan sokongan dwi kamera. Namun begitu, setakat ini masih belum ada maklumat berhubung spesifikasi yang akan disokong oleh tablet itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend