Honor View 20 Menyokong Rakaman Video Gerak Perlahan 960fps Comments Off on Honor View 20 Menyokong Rakaman Video Gerak Perlahan 960fps

Honor telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Honor View 20 di Paris pada 22 Januari depan. Perant itu juga dikhabarkan akan tampil dengan kamera belakang sebesar 48MP dengan paparan skrin berlubang.

Terbaru, Honor telah mengeluarkan beberapa keping poster memperlihatkan ciri menarik yang bakal hadir. Satu daripadanya ialah kebolehan kamera merakam video gerak perlahan sehingga 960fps dan satu lagi fungsi dwi GPS untuk penjejakan yang lebih tepat – sama seperti yang digunakan pada peranti Huawei siri Mate 20.

Rakaman video gerak perlahan 960fps
AI dual GPS

Jika ia boleh merakam video dalam gerak paling perlahan, sudah tentu cip pemproses yang akan digunakan adalah Kirin 980. Bukan itu sahaja, untuk menghasilkan gambar yang terbaik cip pemproses yang berprestasi perlu dimuatkan.

Selain daripada itu, kapasiti bateri sebesar 4000mAh dan kamera depan 25MP turut didedahkan. Honor View 20 dijangka akan dilengkapi memori 6GB RAM dan 128GB storan menerusi antaramuka EMUI 9 dan Android Pie.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend