HONOR V30 Dan V30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera RYYB 40MP Serta Dwi Kamera Depan Comments Off on HONOR V30 Dan V30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera RYYB 40MP Serta Dwi Kamera Depan

HONOR hari ini telahpun melancarkan siri pengganti untuk HONOR V20 atau lebih dikenali sebagai HONOR View20 untuk pasaran global termasuk Malaysia. Di dalam majlis yang berlangsung di Beijing, China, HONOR V30 dan HONOR V30 Pro telah dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama daripada HONOR yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Jika dilihat pada rekaan fizikalnya, HONOR V30 dan V30 Pro masih lagi dilihat mengekalkan identiti rekaan lubang kamera pada skrin, sama seperti generasi sebelum ini. Namun begitu, kedua-dua model ini telah dilengkapi dengan sokongan dwi kamera utama beresolusi 32MP + 8MP untuk membolehkan pengambilan gambar dengan sudut luas mencecah 105 darjah.

Siri HONOR V30 turut dilengkapi dengan tiga kamera beresolusi 40MP RYYB daripada Sony IMX600 dengan aperture f/1.6 untuk HONOR V30 Pro dan aperture f/1.8 untuk HONOR V30. Manakala untuk lensa kedua, V30 Pro dan V30 menyokong lensa telefoto 8MP (f/2.4), dan untuk kamera ketiga pula ia menampilkan lensa sudut luas beresolusi 12MP f/2.2 (HONOR V30 Pro) serta 8MP f/2.4 (HONOR V30).

Siri HONOR V30 turut menyokong sensor pengimbas cap jari yang disepadukan pada butang kuasa, sama seperti siri HONOR 20.

HONOR V30 Pro telah dikuasakan dengan cipset Kirin 990 5G, manakala HONOR V30 pula dilengkapi cipset Kirin 990 dengan sokongan modem Balong 5000 5G. Dioperasikan oleh Magic UI 3.0 berasaskan Android 10, ia turut menyokong RAM berkapasiti sehingga 8GB, dan juga ruang storan dalaman sehingga 256GB.

Pilihan warna HONOR V30
Pilihan warna HONOR V30 Pro

Harga jualan HONOR V30 dan HONOR V30 Pro:

  • Honor V30 5G
    • 6GB + 128GB – CNY3,299 (~RM1,960)
    • 8GB + 128GB – CNY3,699 (~RM2,197)
  • Honor V30 Pro 5G
    • 8GB + 128GB – CNY3,899 (~RM2,316)
    • 8GB + 256GB – CNY4,199 (~RM2,495)

Spesifikasi HONOR V30/V30 Pro:

  • Magic UI 3.0 (Android 10)
  • Kirin 990 5G (V30 Pro) / Kirin 990 + Balong 5000 5G (V30)
  • 6/8GB RAM + 128/256GB ROM
  • 6.57 inci IPS LCD FHD+ (2400 x 1080 piksel)
  • Kamera depan: 32MP (f/2.0) + 8MP (f/2.2)
  • Kamera utama: 40MP f/1.6 (V30 Pro) / 40MP f/1.8 (V30) + 8MP Telephoto f/2.4 + 12MP Ultra Wide f/2.2 (V30 Pro) / 8MP Ultra Wide f/2.4 (V30)
  • 4100mAh (V30 Pro) / 4200mAh (V30)
  • 40W HONOR SuperCharge
  • 27W Super Wireless Charge (V30 Pro)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend