Honor Play ‘Player Edition’ Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Minggu Ini – Harga RM1,299 Comments Off on Honor Play ‘Player Edition’ Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Minggu Ini – Harga RM1,299

Honor Malaysia hari ini membuat pengumuman dimana Honor Play Player Edition akan dibawa masuk ke pasaran tempatan beberapa hari sahaja lagi. Ia berikutan sambutan yang memberansangkan peranti Honor Play yang dijual pada harga berpatutan.

Honor Play Player Edition akan dijual pada harga RM1,299 seunit bermula 7 September ini di kedai dalam talian dan kedai fizikal seluruh negara. Honor memberitahu setiap pelanggan yang membuat pembelian di Shopee atau di kedai rasmi dalam talian Honor akan menerima alat kawalan Ipega 9087 dan stiker eksklusif PUBG dalam kotak edisi terhad.

Apa yang istimewa pada peranti ini ialah ia mengenakan ukiran laser pada badan logamnya. Corak seakan masa depan ini masih mengekalkan spesifikasi dalaman yang sama seperti model asas Honor Play. Direka khusus untuk para pemain PUBG Mobile dan Mobile Legends, peranti ini dikuasakan pemproses Kirin 970 dengan GPU Turbo. Skrin sebesar 6.3-inci ini juga mempunyai bateri yang tahan lama berkapasiti 3,750mAh.

Baca juga: Honor Play: Peranti Bajet Untuk Pengguna Yang Gilakan PUBG Mobile

Honor Play Player Edition tersedia dengan pilihan warna Magic Night Black. Jangan lupa tandakan kalendar pada 7 September 2018 untuk beli Honor Play Player Edition eksklusif hanya di Shopee. Honor juga ingin mengingatkan anda, ada promosi menarik untuk peranti ini di dalam kempen 9.9 di Shopee nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend