Honor Play Dengan Sokongan Teknologi GPU Turbo Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 7 Ogos Depan Comments Off on Honor Play Dengan Sokongan Teknologi GPU Turbo Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 7 Ogos Depan

Akhirnya peranti pertama honor yang hadir dengan sokongan teknologi GPU Turbo iaitu model honor Play akhirnya telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 7 Ogos 2018 nanti.

Walaupun tidak dilengkapi dengan ciri-ciri gaming unik seperti sistem penyejukan sebagaimana yang disokong pada Razer Phone, Xiaomi Black Shark ataupun ASUS ROG Phone, honor Play yang dilengkapi GPU Turbo masih mampu menjanjikan pengalaman gaming terbaik. Ini kerana sokongan teknologi ini mampu meningkatkan prestasi GPU sehingga 60% untuk kelancaran grafik, dan dalam masa yang sama memastikan penggunaan tenaga bateri 30% lebih efisien.

Buat masa ini harga jualan honor Play masih lagi belum diketahui dan ia akan hanya diumumkan secara rasmi di dalam majlis pelancaran pada 7 Ogos 2018 nanti.

Lihat juga:

[Eksklusif] Honor Play – Pandang Pertama Sebelum Pelancaran Rasmi

[VIDEO EKSKLUSIF] : Buka Kotak Honor Play Dengan Sokongan Teknologi GPU Turbo

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend