HONOR Play 9A Melepasi TENAA, Dijangka Sokong Skrin 6.3 Inci Dan Bateri 4900mAh Comments Off on HONOR Play 9A Melepasi TENAA, Dijangka Sokong Skrin 6.3 Inci Dan Bateri 4900mAh

Disasarkan untuk segmen bajet, HONOR Play 8A sebelum ini telahpun dilancarkan di China pada tahun lepas. Kini HONOR bakal tampil pula dengan model HONOR Play 9A selepas ia mula melepasi laman rasmi TENAA.

HONOR Play 9A dilihat akan menyokong paparan skrin berukuran 6.3 inci dan juga bateri berkapasiti 4900mAh. Berdasarkan maklumat di TENAA, peranti ini akan memiliki dimensi berukuran 159.07 x 74.06 x 9.04mm.

Sebelum ini portal pricebaba pernah mendedahkan bahawa HONOR Play 9A akan menyokong skrin FHD+ IPS LCD, dikuasakan dengan cipset Helio P35, RAM berkapasiti 4GB, dwi kamera 13MP (f/1.8) + 2MP (Depth, f/2.4), kamera depan 8MP (f/2.0).

Selain itu HONOR Play 9A juga dikatakan akan menyokong bateri 5000mAh, dan akan dioperasikan oleh Magic UI 3.0 berasaskan Android 10. Bahkan ia juga dipercayai tidak akan dilengkapi dengan sokongan GMS (Google Mobile Services).

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend