HONOR Malaysia Umum Penurunan Harga Jualan Untuk 7 Model Keluarannya Bermula 1 Mei 2020 Comments Off on HONOR Malaysia Umum Penurunan Harga Jualan Untuk 7 Model Keluarannya Bermula 1 Mei 2020

Sekiranya anda bercadang untuk memiliki telefon pintar baharu keluaran HONOR, kini merupakan masa yang terbaik untuk berbuat demikian kerana HONOR Malaysia telahpun mengumumkan penurunan harga jualan rasmi untuk 7 model keluarannya seperti berikut:

ModelHarga RRPHarga Baharu
(bermula 1 Mei 2020)
HONOR 20RM 1,199RM 1,099
HONOR 20 LiteRM 799RM 699
HONOR 9XRM 999RM 899
HONOR 8X MaxRM 899RM 829
HONOR 8ARM 499RM 469
HONOR 8SRM 399RM 369
HONOR 7SRM 329RM 299

Harga jualan baharu ini akan berkuat kuasa bermula hari ini (1 Mei 2020) dan ia boleh dimiliki melalui jualan atas talian di hihonor, Shopee, Lazada dan juga kedai fizikal HONOR Experience Stores (HES) ataupun pengedar sah di seluruh negara.

Promosi Fantastik Raya Bersama

Bermula 1 hingga 24 Mei 2020, HONOR Malaysia turut menganjurkan promosi ‘Fantastik Raya Bersama’ yang menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik. Antaranya termasuklah peluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM100, diskaun sehingga RM200, dan juga hadiah percuma menarik untuk pembelian produk terpilih.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend