Honor Malaysia Menyambut Ulang Tahun Ke-5, Tawar Potongan Harga Dan Baucar Comments Off on Honor Malaysia Menyambut Ulang Tahun Ke-5, Tawar Potongan Harga Dan Baucar 497

Honor Malaysia hari ini menyambut ulang tahun ke-5 mereka, pada masa sama mengumumkan tawaran menarik kepada orang ramai. Kini produk Honor bukan sahaja boleh didapati di kedai dalam talian tetapi mereka telah berjaya membuka sebanyak 22 buah kedai fizikal di seluruh Malaysia

Bermula 21 Jun hingga 31 Julai 2019, orang ramai boleh mendapatkan telefon pintar idaman pada harga yang lebih rendah. Potongan harga sehingga RM500 diberikan untuk pembelian telefon pintar terpilih. Bagi anda yang mempunyai bajet tertentu, mari kita lihat senarai harga promosi di bawah:

  • Honor View20 (6GB+128GB) → RM1599 (asal RM1999)
  • Honor View20 (8GB+256GB) → RM1999 (asal RM2499)
  • Honor 20 Lite → RM899 (asal RM949)
  • Honor 8X → RM799 (asal RM849)
  • Honor 10 Lite → RM599 (asal RM679)
  • Honor 8C → RM549 (asal RM599)
  • Honor 7S → RM359 (asal RM379)

Honor juga akan memberikan hadiah eksklusif berupa beg galas dan batang swafoto bernilai RM158 untuk mana-mana pembelian telefon pintar yang tersenarai (kecuali Honor 7S).

Berikut adalah senarai peranti lain yang turut menerima potongan harga sepanjang kempen dijalankan (pembelian dalam talian sahaja):

  • Honor Play → RM899 (asal RM1099)
  • Honor 10 → RM859 (asal RM1399)
  • Honor 9 Lite → RM469 (asal RM659)
  • Honor 7X → RM609 (asal RM849)
  • Honor Body Fat Scale → RM109 (asal RM149)
  • Honor Watch Magic → RM529 (asal RM599)
  • Honor Band 3 → RM89 (asal RM129)

Menariknya, Honor turut menawarkan potongan harga tambahan kepada pelanggannya. Baucar sehingga RM50 akan dimasukkan terus ke dalam akaun pengguna dengan syarat anda perlu mengambilnya di laman rasmi hihonor.com.my.

Bagi yang berminat, ini mungkin masa yang sesuai untuk anda berbelanja. Info lanjut boleh layari Facebook Honor Malaysia atau terus ke Honor Experience Store (HES) seluruh negara bermula hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend