Honor Malaysia Mengesahkan Tarikh Pelancaran Siri Honor 20 Pada 23 Mei 2019, Penampilan Khas Mira Filzah Comments Off on Honor Malaysia Mengesahkan Tarikh Pelancaran Siri Honor 20 Pada 23 Mei 2019, Penampilan Khas Mira Filzah 372

Majlis pelancaran global siri Honor 20 telahpun diumumkan akan berlangsung minggu hadapan iaitu pada 21 Mei 2019 (Selasa) di kota London. Nampaknya peminat jenama Honor di Malaysia tidak perlu menunggu lama kerana pihak Honor Malaysia telah mengesahkan akan melancarkan siri Honor 20 itu untuk pasaran tempatan pada 23 Mei 2019, iaitu dua hari selepas pelancaran globalnya.

Imej Honor 20 Pro yang tertiris sebelum ini di Internet.

Bersempena majlis pelancaran siri Honor 20 di negara ini, Mira Filzah akan turut membuat penampilan istimewa sebagai wajah misteri ‘Honor’s Wonder Girl’. Di dalam acara tersebut, pelakon popular wanita ini akan memberi penerangan berhubung rekaan bergaya dan juga keupayaan penggambaran siri Honor 20.

Ketirisan spesifikasi empat kamera pada Honor 20 Pro.

 

Siri Honor 20 yang membawakan tanda pagar #CaptureWonder ini merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menampilkan rekaan ‘Dynamic Holographic’, dengan sokongan keupayaan penggambaran empat kamera yang pertama daripada Honor.

Baca juga:

Imej Sebenar Honor 20 Pro Dikongsikan, Sokong Bezel Nipis Dengan Lubang Kamera Dalam Skrin

Spesifikasi Penuh Empat Kamera Pada Honor 20 Pro Tertiris, Dilengkapi Lensa Makro 2MP?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend